Tuesday, December 7, 2010

Muharam.

Malam ini aku rajin untuk menghadap belog aku yang sudah berusang usang.
Muharam sudah pun menjelma. Datang untuk memberi peringatan bahawa Spm bakal menjelma. Peringatan bahawa aku sudah meningkat senior dan akan ke lembah demam peperiksaan terbesar dalam hidup.




Aku marah apabila orang kata 1M dalam apa jua peristiwa contohnya, Raya Korban. Ni, Maal Hijrah pula untuk 1M satu Ummah. Bagi aku tidak. Islam sahaja tahu apa itu makna semua ini. Tidak salah untuk mengeratkan perpaduan, kan banyak lagi cara lain untuk dierat erat kan? Kalau lah aku dapat suara kan pendapat ini kepada orang itu. haishh. -.-

Tuesday, November 30, 2010

Kurang.

Sudah beberapa hari P1Max buat hal sampai aku teramat amat bosan duduk di rumah. Kerja aku adalah makan. tidur. tengok tv. Mana nak berjaya usaha untuk mengurangkan berat badan kalau aku asyik membuat tahi mata. Kantoi aku dalam usaha untuk mengurangkan berat badan. Tapi tak salah kan? Tak salah..

Aku asyik terkantoi je kalau nak diet ni. Ibu asyik masak sedapsedap mane aku tak terliur. Lagipun, tak kan aku nak bazir kan makanan tu, aku kesian. Ibu pesan, makanan tak baik di bazirkan. Ibu pesan, jangan berebut tentang makanan. Kan kan ? Aku sebagai manusia yang penyayang pada makanan, aku lah tolong makan.

Aku tidak boleh ikut orang diet macam ni :
Elakkan nasi, dan nasi dan ape jua yang berkenan nasi.

Alahai, kesian mak aku masak nasi bebanyak. Tidak boleh ikut rules ni. Aku mana boleh tahan. Tengok lauk sedap, aku terus capai nasi. Nasi kan ? Kekadang aku fikir, orang dekat negara lain punya lah miskin, berlapar sebab tidak ada makanan, aku ni ha, rezeki Allah bagi aku tolak. Subhanallah. Aku sedih dengar ayat itu. Setiap kali ayat itu menjalar dekat minda, terus tak menjadi program kurangkan berat badan.

P/s : Tolong aku bagi tips. haha, lawaklawak anyway mekasih kawan sebab sudi membaca.

Sunday, November 28, 2010

Buat kali pertama.

Buat kali pertama blog aku yang baru lahir tak sampai seminggu pun, baru nak merangkak, baru nak berjalan jatuh, di tag oleh superduperfriend Farah.
Apeapepun, mekasih farah sebab sudi sudi kan untuk memberi tag dekat blog aku tak seberapa indah istana di raja tapi indah di mata aku.

Ape yang paling penting dalam hidup korang?
Iman, keluarga, kawans, kejujuran dan kepercayaan.

Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri?
Tak ingat sangat, last kuar duit dari dompet comel rasanya bayar tiket train seremban :)

Adakah korang bercinta sekarang?
Tidak.

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Wallahualam. Atas keredhaan Allah.

Dimana korang akan jumpa kekasih korang?
Mana-mana kalau dah sampai seru suruh kahwin.

Novel/buku/majalah terakhir korang beli?
Lafazkan kalimah cintamu.

Apa nama penuh korang?
Aku ringkas kan jugak, NSI.

Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Ibu.

Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa?
My husband to-be.

Namakan tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Keliling dunia.

Pilih salah satu, peluk atau cium?
Kalau suami aku boleh dapat dua-dua.

Beritahu tiga perkara tentang orang yang tag korang.
Cantik. Baik. Lembut.

Lima benda yang korang sayang sangat sangat dalam hidup?
Semua barang hak milik tetap aku.

Bila D.O.B korang dan dimana korang sambut tahun lepas?
10 may 1994. Rumah.

Cukup lah soalan ini sahaja aku sempat jawab. Soalan yang kedua akhir itu, mustahil kan kan.
Soalan-soalan di atas agak susah dan mencabarkan aku bab bf bagai. Tidak semua itu. Belum masa aku lagi kan.

Friday, November 26, 2010

School break!

Pada waktu yang sama, pelajar-pelajar bukan SPM sedang merehatkan minda.
Menjauhkan diri daripada buku-buku.
Menjauhkan diri daripada menulis, mengarang, mengkaji dan sengakatan dengannya.
Pada waktu yang sama banyak planning yang dibuat untuk bersukasuka ria, yang dikatakan untuk enjoy sebelum major exam bermula. Sebelum sekolah bermula, sebelum dapat result, sebelum tahun 2011 muncul untuk memberitahu bahawa, SPM is waiting.
Manakala ramai calon calon SPM bertukus lumus, tidak kenyang makannya, tidak lena tidurnya untuk berperang dengan buku-buku dan memikirkan soalan kemungkinan yang bakal keluar. Pada waktu yang sama iri hati dengan junior-juniornya dan berkata, aku tak suka SPM. Aku jeles tengok dorangdorang hangout, tidur sampai pagi. Aku? Asyik buku je aku hadap and aku dah fed up. grrr*
Itu lumrah untuk orang yang sedang mengalami demam SPM. Siapa tidak takut untuk SPM, siapa tidak takut untuk jawab soalansoalan cepumas yang akan menentukan kehidupan 10 tahun akan datang.
Apa-apa pun semoga berjaya untuk calon-calon SPM untuk minggu kedua.

Wednesday, November 24, 2010

Cerita Aku.

Sebelum sebelum ni, aku sudah punya blog.
Tapi aku tak suka blog tu kerana ada sebb tertentu. *wink
Aku mula membangkit dengan menubuhkan satu lagi blog yg biasa-biasa.
Tak secantik blog kau, tak sehebat blog fynn jamal, tak sekecoh blog OH bulan.
Aku jenis yang suka cakapcakap apa yg aku nak cakap.
Perlu ke aku berfikir? iye, ibu selalu pesan, berfikir dahulu sebelum berkatakata.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? badan aku juga yang binasa.
Aku tubuhkan blog ni bukan untuk kutukmengumpatmengata sesiapa,
tetapi untuk aku luahkan ape yang aku rasa dan berkongsi pengamalan dan bukan rahsia.